PUTRAJAYA, October 10, 2019 - YAB Dato 'Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Deputy Prime Minister of Malaysia and YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Minister of Health Malaysia attended the World Sight Day 2019 at the Seri Melati Dewan this morning. YBhg. Dato 'Mohd Shafiq Bin Abdullah, Deputy Secretary General (Management), YBhg. Datuk Dr. Hj Rohaizat bin Hj Yon, Deputy Director General of Health (Medical) and YBrs. Dr. Nor Fariza Ngah, Head of Ophthalmology Services were also present.

The World Sight Day Celebration with the theme “Vision First” is organized by the Department of Ophthalmology in collaboration with the College of Ophthalmologists and the Malaysia Society of Ophthalmology.

The program aims to raise awareness among the public about the importance of vision and eye health care. The program also focuses on important issues related to eye diseases, prevention and treatment methods, especially high-risk cases such as diabetic patients and if they have a family history of glaucoma.

In addition, it aims to promote eye care and vision rehabilitation to a wide range of people through live information activities and providing free eye care and consultation services.

The program was also filled with a variety of interesting activities provided to the visitors. Among them were a health talk by Eye Specialist and well-known motivational expert, YBhg. Professor Datuk Dr. Muhaya Haji Mohamad, health talk on the use of smart full lenses, healthy cooking demos and many other interesting activities.

» Photo Gallery

 

Translated from a Bahasa Malaysia post on the Ministry of Health facebook page, facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 


 

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2019 - YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia menghadiri Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 (World Sight Day 2019) di Dewan Seri Melati, pagi ini. Turut hadir YBhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) ,YBhg. Datuk Dr. Hj Rohaizat bin Hj Yon,Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Nor Fariza Ngah, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi.

Majlis Sambutan Hari Penglihatan Sedunia ini diterajui penganjurannya oleh Jabatan Oftalmologi, Hospital Putrajaya bertemakan ‘Vision First’ dengan kerjasama College of Ophthalmologists dan Malaysia Society of Ophthalmology.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan deria penglihatan serta penjagaan kesihatan mata. Program ini juga memberi fokus kepada isu-isu penting berkaitan penyakit-penyakit mata, cara-cara pencegahan dan rawatan terutamanya kes berisiko tinggi kebutaan seperti pesakit kencing manis dan jika mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit glaucoma.

Selain itu ianya bertujuan mempromosikan penjagaan kesihatan mata dan rehabilitasi penglihatan kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui aktiviti informasi secara langsung dan memberi kemudahan capaian pemeriksaan mata dan khidmat konsultasi secara percuma.

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengunjung. Antaranya ceramah kesihatan oleh Pakar Mata dan pakar motivasi terkenal, YBhg. Profesor Datuk Dr. Muhaya Haji Mohamad, ceramah kesihatan berkaitan penggunaan kanta lengkap yang bijak, demo masakan sihat dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

» Galeri Foto

 

Source: Post on the Ministry of Health facebook page, facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia